Monday, January 14, 2008

Mutiara Hati

"Ambilah Masa UnTuk Memahami HaTi Dan Perasaan Kawan, Kerana Dia Juga, Seorang Manusia, Dia Juga Ada Rasa TakuT, Ada Rasa Bimbang, Sedih Dan Kecewa, Dia Juga Ada Kelemahan Dan Dia Juga Perlukan Kawan Sebagai KekuaTan. KiTa SeLalu MelihaT, Dia KeTawa, TeTapi Mungkin Sebenarnya Dia Tidak SeTabah Yang KiTa Sangka"


"Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya"


"Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi"


"Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya"

"Kejayaan sebenar adalah terletak pada tidak pernah jatuhnya seseorang...tetapi manusia mana yang tidak pernah melakukan kesalahan. Oleh itu kejayaan yang sebenar-benarnya adalah kesanggupan tegak kembali pada setiap kali jatuh"


Sesuatu yang baik, belum tentu benar.
Sesuatu yang benar, belum tentu baik.
Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga.
Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus.


"Gagal dalam kemuliaan adalah lebih baik daripada menang dalam kehinaan. Orang yang gagal sekali-kali tidak rugi, selagi dia belum berputus asa. Kalau sekali maksud belum sampai, janganlah patah harapan"


"Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan"

1 comment:

-SkuliE- said...

haiii.
aku org pertama masuk...
heheh