Thursday, February 12, 2009

Kemanisan Iman

Untuk renungan bersama
Kadangkala kita rasa bahawa hidup kita ini tidak adil jika dibandingkan dengan org yang lebih senang daripada kita...kadangkala kita rasa hidup kita selalu malang kerana terlalu banyak musibah melanda...kadangkala kita rasa Allah tidak menyayangi kita kerana memberi berbagai-bagai ujian dan dugaan hidup...kadangkala kita putus asa dan tak mampu menanggung apa yang terjadi....kadangkala kita menyalahkan takdir...kadangkala kita juga menyalahkan diri sendiri...Inilah yang dikatakan jalan menuju kemanisan iman...iman tidak mudah untuk diperolehi dengan begitu saja...setelah kita melalui ombak badai, onak duri, lembah gunung, jalan yang sempit, berkat kesabaran dan ketabahan diri kita akan terbalas juga akhirnya apabila kita merasakan bahawa rahmat daripada Allah itu telah membuatkan diri kita kuat...iman kita teguh....kita kenal erti redha, ikhlas dan bersyukur... kita pasrah dengan qada' dan qadar Allah...setiap kali ujian dan dugaan yang diturunkan kepada Allah kepada kita, itu bererti Dia amat sygkan kita dan mahu kita ingat dan kembali ke jalanNya.... Allah inginkan kita segera menyembahnya, memohon pertolonganNya dengan berdoa dan bertawakal kepadaNya... dengan cara ini...iman itu dapat dikecapi dengan begitu indah...sesungguhnya Allah tidak akan menghampakan permintaan hambaNya yang bersungguh dan tidak pernah melupakanNya, iaitu hamba yang tidak pernah lalai daripada semua perintah dan suruhanNya.. ..iaitu hamba yang terlalu takut dengan balasan api nerakaNya...iaitu hamba yang selalu mendambakan balasan SyurgaNya...
Wallaualam Bissawab....

Tumpul Ingatan & Lemah Minda Rohani

Perkara-Perkara Yang Membuat Kita Hilang INGATAN dan TUMPUL MINDA

  1. Kurangkan makan bawang besar
  2. Kurangkan makan berempah
  3. Kurangkan makan ketumbar kering
  4. Kurangkan menonton hiburan
  5. Kurangkan membaca majalah hiburan
  6. Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
  7. Kurangkan minuman air batu, air dalam tin (100 plus dan lain2)
  8. Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
  9. Jangan makan kepala ikan
  10. Jangan minum air yang ada semut
  11. Jangan tidur selepas subuh
  12. Jangan tidur selepas asar
  13. Jangan tidur selepas makan
  14. Jangan makan terlalu kenyang
  15. Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
  16. Jangan menyapu rumah pada waktu malam
  17. Jangan makan yang masam-masam berlebihan
  18. Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
  19. Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam

Perkara-perkara yang perlu diamalkan

  1. Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
  2. Selalu makan makanan yang panas2
  3. Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
  4. Selalu minum air masak
  5. Selalu makan ulam2
  6. Selalu mengamalkan pandangan hijau
  7. Selalu bersenam
  8. Selalu menggunakan imajenasi otak
  9. Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
  10. Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai (yang mempunyai pokok) kerana di situlah terdapat banyak ion2 negatif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
  11. Jangan ego
  12. Jangan dengki pada orang lain
  13. Jangan makan dari sumber yang tidak halal
  14. Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
  15. Jangan makan makanan yang ada pewarna
  16. Jangan makan makanan yang ada pengawet
  17. Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
  18. Jangan mandi selepas 9.00malam


Bina Peribadi Waktu Makan

Ibu bapa disarankan menjadikan waktu makan sekeluarga sebagai waktu untuk membetulkan kehidupan atau membina peribadi anak-anak. Kerana waktu makan adalah program bersahaja yang besar impaknya dalam hidup. Antara didikan yang boleh diterapkan kepada anak-anak pada waktu makan:

1. Tunggu orang yang paling tua

Kalau ada ayah, suapan pertama hendaklah dimulakan oleh ayah. Kalau tidak ada ayah, emak dulu. Rahsia di sebaliknya, bila dikekalkan begitu selama tiga bulan, akan tumbuh di hati anak rasa hormat kepada yang lebih tua walaupun di luar pandangan kita. Jadi kalau kita hendak tahu macam mana anak kita di luar pandangan kita, tengok waktu makan.

2. Baca bismalah dan guna tangan kanan


Anak kita tidak akan sanggup untuk memasukkan makanan ke mulut atau memegang sesuatu yang bukan haknya. Yang biasa dia ambil masuk ke mulut dengan nama Allah dan biasa memegang yang halal dengan tangan kanan. Melalui amalan yang mudah ini, roh kita dimonitor oleh syariat. Amalan ini tak perlu pada tenaga dan wang ringgit yang banyak tapi perlu pada kesabaran dan istiqamah.

3. Ambil lauk terdekat dulu


Bagi cubitan lauk yang pertama, ambil yang paling dekat. Kenapa? Melatih sabar. Kali kedua jika hendak ambil yang jauh tak mengapa, itu dikira usaha ikhtiar untuk dapat yang lebih baik. Ia
mempengaruhi corak kehidupan dan corak kita bekerja.

Kalau ayah atau ibu hendak membina sifat penyayang, ambil lauk yang pertama letak di pinggan anak. Memang anak akan rasa lain. Kalau dia tak mahu lauk itu tak mengapa tapi kita memberi tu yang mustahak. Kalau kita buat macam itu, dia juga akan jadi macam itu pada orang lain. Kita sudah bina masyarakat penyayang di dalam rumah kita. Malah untuk latih anak cinta pada saudaranya yang lain, itulah waktunya.

4. Kawal suapan


Bila ambil makanan untuk suap ke mulut, jangan diangkat suapan seterusnya selagi di dalam mulut itu belum ditelan. Sesudah ditelan, baru angkat suapan seterusnya masuk ke mulut. Untuk apa? Melatih jangan tamak dan bersifat qanaah, mencukupi apa yang ada. Atau
lebih tepat, melatih syukur terhadap apa yang Allah kurniakan.

Perkara ini kalau dilatih betul-betul, ia akan menumbuhkan sifat-sifat mulia di dalam diri. Sebab makan adalah perkara yang kita benar-benar buat dengan hati, sebab itu ia mempengaruhi roh.