Showing posts with label amal. Show all posts
Showing posts with label amal. Show all posts

Thursday, February 12, 2009

Kemanisan Iman

Untuk renungan bersama
Kadangkala kita rasa bahawa hidup kita ini tidak adil jika dibandingkan dengan org yang lebih senang daripada kita...kadangkala kita rasa hidup kita selalu malang kerana terlalu banyak musibah melanda...kadangkala kita rasa Allah tidak menyayangi kita kerana memberi berbagai-bagai ujian dan dugaan hidup...kadangkala kita putus asa dan tak mampu menanggung apa yang terjadi....kadangkala kita menyalahkan takdir...kadangkala kita juga menyalahkan diri sendiri...Inilah yang dikatakan jalan menuju kemanisan iman...iman tidak mudah untuk diperolehi dengan begitu saja...setelah kita melalui ombak badai, onak duri, lembah gunung, jalan yang sempit, berkat kesabaran dan ketabahan diri kita akan terbalas juga akhirnya apabila kita merasakan bahawa rahmat daripada Allah itu telah membuatkan diri kita kuat...iman kita teguh....kita kenal erti redha, ikhlas dan bersyukur... kita pasrah dengan qada' dan qadar Allah...setiap kali ujian dan dugaan yang diturunkan kepada Allah kepada kita, itu bererti Dia amat sygkan kita dan mahu kita ingat dan kembali ke jalanNya.... Allah inginkan kita segera menyembahnya, memohon pertolonganNya dengan berdoa dan bertawakal kepadaNya... dengan cara ini...iman itu dapat dikecapi dengan begitu indah...sesungguhnya Allah tidak akan menghampakan permintaan hambaNya yang bersungguh dan tidak pernah melupakanNya, iaitu hamba yang tidak pernah lalai daripada semua perintah dan suruhanNya.. ..iaitu hamba yang terlalu takut dengan balasan api nerakaNya...iaitu hamba yang selalu mendambakan balasan SyurgaNya...
Wallaualam Bissawab....

Tumpul Ingatan & Lemah Minda Rohani

Perkara-Perkara Yang Membuat Kita Hilang INGATAN dan TUMPUL MINDA

  1. Kurangkan makan bawang besar
  2. Kurangkan makan berempah
  3. Kurangkan makan ketumbar kering
  4. Kurangkan menonton hiburan
  5. Kurangkan membaca majalah hiburan
  6. Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
  7. Kurangkan minuman air batu, air dalam tin (100 plus dan lain2)
  8. Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
  9. Jangan makan kepala ikan
  10. Jangan minum air yang ada semut
  11. Jangan tidur selepas subuh
  12. Jangan tidur selepas asar
  13. Jangan tidur selepas makan
  14. Jangan makan terlalu kenyang
  15. Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
  16. Jangan menyapu rumah pada waktu malam
  17. Jangan makan yang masam-masam berlebihan
  18. Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
  19. Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam

Perkara-perkara yang perlu diamalkan

  1. Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
  2. Selalu makan makanan yang panas2
  3. Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
  4. Selalu minum air masak
  5. Selalu makan ulam2
  6. Selalu mengamalkan pandangan hijau
  7. Selalu bersenam
  8. Selalu menggunakan imajenasi otak
  9. Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
  10. Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai (yang mempunyai pokok) kerana di situlah terdapat banyak ion2 negatif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
  11. Jangan ego
  12. Jangan dengki pada orang lain
  13. Jangan makan dari sumber yang tidak halal
  14. Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
  15. Jangan makan makanan yang ada pewarna
  16. Jangan makan makanan yang ada pengawet
  17. Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
  18. Jangan mandi selepas 9.00malam